Dalam bulan Ramadan penuh barakah ni tersirat dan terpahat sejarah sedeh dalam kehidupan kak Hai sekeluarga. Terkenang kkak sebulan puasa berulang alik ke hospital kerana arwah mak berada di wad buah pinggang.. dan terkejar2 pula untuk pulang kerumah menyiapkan juadah berbuka puasa untuk arwah abah dan keluarga.. arwah bah walaupun kurang nampak penglihatannya tapi masih berkeras nak berbuka puasa di rumahnya sendiri..terpaksalah kkak menyediakan untuk makan sahurnya sekali...sayu ati ..kini tinggal sejarah.. sesekali..ada juga adik beradik yg lain dtng membantu..tp al maklumlah mereka tinggal jauh dari rumah arwah cuma kkak aje yng paling hampir dgn mereka ...rupa2nya Ramadan 2008 adalah Ramadan terakhir kkak berbakti kepada mereka berdua...
Gambar diatas tu adalah gambar mak kkak 3 hari sebelum arwah pergi meninggal dan gambar abah tu 3 bulan sebelum dia pergi meninggalkan kami wat selama2nya. Tahun ini adalah tahun yg pertama kkak sekeluarga berpuasa dan berhariraya tanpa kedua orang tua kkak.. semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas mereka... al fatehah......