Want your
own Fotopage?








 
Hairani's FotoPage

By: Hairani Ab Karim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]
Saturday, 31-Dec-2011 04:23 Email | Share | | Bookmark

swimmimg pool
studio room
 
Assalamualaikum kengkawan, ada sesiapa nak g santai d PD dan x ada tempat tido.. cubalah jengok2 kat kkak punya fp ....kakk ada studio room kat Tiara Beach Resort untuk di sewa.. Studio room ini hanya 1 bilek & living room dan 1 bilek air ... spt digambar tu..dua katil super single... 1 katil boleh tido untuk 2 orang ...ada air-cond,kipas, TV , mini fridge dan jug elektrik ...dan lengkap perabut spt gambar ygg kkak pastekan tu...
Kadar sewa hari biasa RM150/- hujung minggu (Jumaat-Sabtu) RM200/- dan cuti sekolah/cuti umum RM230/- waktu masuk/keluar flexsible janji waktu x bertindih dgn penyewa yg lain...Ape2 pertanyaan bleh hubungi kak Hai 017-6205102 /012-2860175 atau hasben kkak Hj Ab Rahim 019-3791984




ENTRY TIARA BEACH RESORT MMG ENTRY PERMULAAN YE...

New N3 sila scroll kat bawah ye...




Jemput singgah di Sada Collection's
http://www.facebook.com/pages/Sada-Collections/125106314220874
ada jubah2 n baju kurung moden yg murah2...
Support sekali dgn menekan perkataan "LIKE" coz br dlm bizz...
Semoga Allah memberikan rezeki yg melimpah ruah kpd kita semua..Amin...
Sun 19-Dec-2010 17:11
Posted by:sada  - [Link]
http://www.hitoryburchoutlet.com

his basically is going on my twitter?-
this basically is going on my twitter?-
109. Thank you!I really need backlinks too
Fri 13-Apr-2012 06:26
Posted by:tory burch outlet  - [Link]
And she<a href="http://www.closeoutsalegolf.com/taylormade/driver/taylormade-r11-driver">r11 driver</a>, holding the remote

control,<a href="http://www.closeoutsalegolf.com/taylormade/driver/taylormade-rocketballz-driver">rocketballz driver</a> remote

control it can<a href="http://www.closeoutsalegolf.com/titleist/titleist-driver/titleist-910d3-driver">titleist 910d3 driver</a> at any timeӥ׽

С" Powerful<a href="http://www.closeoutsalegolf.com/titleist/titleist-driver/titleist-910d2-driver">titleist 910d2 driver</a> it! This is to
Mon 21-May-2012 03:00
Posted by:taylormade r11 driver  - [Link]
View all 28 comments Add comment


Monday, 4-Apr-2011 05:14 Email | Share | | Bookmark
PENYUCIAN JIWA

MADINAH
DATARAN KA'BAH
Sekian lama hari yg di tunggu2 akhirnya tiba. Aku n keluarga di jemput Allah menjadi tetamunya lg. Kerinduan menatap rumahmu ya Allah begitu mendalam.Tanyalah sesiapa yg dah pernah pergi.. pasti akan merasai kerinduan yg teramat sangat. Walaupun hanya 4 hari tarikh dtunda di rasakan bagaikan 4 tahun... Tanggal 21 Feb 2011...terciptalah lakaran sejarah dalam hidup ni lagi. Bersyukur pada mu ya Allah .. kerana mempermudahkan semua ibadat kami sekeluarga.


Add comment


Wednesday, 1-Dec-2010 03:07 Email | Share | | Bookmark
Bercuti & release tension

release tension yahoooo
santai
keluarga bahagia
View all 6 photos...


Dah lame x update n3.. Minggu lepas selepas g konvo anak di UITM Seri Iskandar..cuaca panas terik... migraine pun menjelma..ya Allah ampuni dosa2 ku...mmg dugaan...Sekarang naka ku bleh tersenyum apabila dah meimba ilmu hampir 3 tahun,, now hasilnya telah di tuai... but she must remember.. still long way to go...carilah ilmu selagi terdaya....ibu & ayah sentiasa memberi dorongan..


Yahooo... at last releasenya tension...

Santai dulu selepas penat mendaki tanaman tea Boh Plantation

mmm.. kena posing sebelum bersantai

mmm... wat aper tu.. memetik daun tea ke????

i like Thu 2-Dec-2010 14:02
Posted by:@Min  - [Link]
http://www.shopoakleys.com

Design of this blog is DAMN Very good. I prefer it.
Design of this blog is DAMN Very good. I prefer it.
107. This is awesome stuff, its good to be in the know.
Fri 13-Apr-2012 06:25
Posted by:cheap oakley sunglasses  - [Link]
Add comment


Thursday, 26-Aug-2010 23:14 Email | Share | | Bookmark
KERIANGAN DAN KEENAKAN

 
candid camera oops
action please
View all 6 photos...
Lama x update n3 ni. Ntahlah cam x ada mase aje lately nie.Intai2 juga tp nak join ...
Haah... ari ni x bleh nak tangguh lg..bila ada peluang masuk lah n3 baru. Jeng2 inilah dia hari keriangan n keenakan.. curi mase ckit.. gambar minggu lepas semase sekeluarga meluangkan masa berbuka bersama2 di Muara Tg Harapan Port Klang.... Layannnn....



Add comment


Tuesday, 1-Jun-2010 01:20 Email | Share | | Bookmark

akad nikah
gambar family
tema oren tu....
View all 6 photos...
Tanggal 29May 2010...hari yg dinanti2kan oleh keluarga kami...maka sahlah along menjadi suami kpd isterinya dan kkak pula mendapat menantu sulung. Majlis ni merupakan sejarah dalam keluarga kkak.. kerna dalam family kkak nilah anak yg pertama antara anak buah yg mengadakan majlis seumpama ni...ramai lg anak2 buah.. tp mereka semuanya blum lg melangkah ke alam perkawinan..Berdoa agar jodoh mereka berpanjangan .. tanpa ada ape2 halangan.. Insyaallah pd 5June2010 ni kkak pula mengadakan majlis menyambut menantu pula dia Putrajaya.






Mon 14-Jun-2010 08:18
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
selamat pengantin baru semoga berkekalan hingga keakhir hayat....... Sat 3-Jul-2010 07:52
Posted by:shaza  - [Link]
Add comment


Wednesday, 7-Apr-2010 09:04 Email | Share | | Bookmark
SUBHANAALLAH..

 
 
 
View all 6 photos...
Sekadar berkongsi keindahan alam.

Salar De Uyuni terletak di Bolivia dan kawasan ini dikatakan ’cermin’ yang paling besar di dunia kerana sifat pantulan yang ada padanya. Kawasan ni juga dikatakan tempat di mana sempadan bumi dan langit bersambung/bertemu sebab seakan tiada garisan sempadan di antara bumi dan langit(kalau x caya sila tgk gambar).

Sekian, Terima Kasih.




Add comment


Tuesday, 30-Mar-2010 03:51 Email | Share | | Bookmark

Abah berwasiat supaya kubur abah dan mak jangan dijadikan mangsa
"penebus rasa bersalah" anak-anak.


Maksudnya begini:

Semasa ibu dan bapa masih hidup, anak-anak mengabaikan tanggungjawab
mereka atas pelbagai alasan (sila rujuk kitab-kitab muktabar tentang
tanggungjawab anak terhadap ibubapa) - alasan sibuk dengan urusan dunia
yang tak akan habis sampai bila-bila, sibuk dengan urusan anak,
isteri/suami masing-masing, sibuk dengan itu dan ini, hingga lah
"tiba-tiba" salah seorang atau kedua-dua ibubapa mereka diperintah Allah
untuk kembali kepadaNya... ..

(sebenarnya tak ade kematian yang mengejut atau tiba-tiba - setiap kematian
itu telah dirancang Allah lama sebelum manusia itu dijadikanNya. ...
"tiba-tiba" itu hanya "tuduhan" manusia kerana bukankah kita rasa seronok hidup!
Malahan pujangga dengan angkuhnya mendeklamasikan "aku mahu hidup 1,000 tahun lagi!)...

Dalam kesedihan kerana kematian mereka, timbul lah rasa bersalah si anak
kerana telah mengabaikan mereka semasa hayat, maka dilakukanlah
perkara-perkara seperti berikut:

1. upah orang bacakan Al Quran 40 hari, 40 malam (anak tidak pulak
membacanya kerana maklum lah sibuk belaka....)

2. upah orang bina kubur yang tercantik dan terhebat ("mak/abah memang
patut diberi penghargaan ini kerana jasa mereka kepada aku"...)

3. tabur berbagai-bagai bunga atas kubur ("aku sayangkan mak/abah"...
walhal semasa hidup mereka, sekuntum bunga pun tidak pernah dihadiahkan! )


4. cetak kitab Yaasin (siap tulis kat kulit depan "sempena kematian
ibu/bapaku tersayang... .") dan edarkan kepada masjid - macamlah surau dan
masjid tak cukup-cukup kitab Yaasin

5. buat kenduri panggil "orang masjid" bacakan doa tahlil (maklum lah,
anak tak sempat mendoakan ibubapanya. lagi pun "doa orang masjid ni lebih
berkat"....)

6. buat pelbagai kenduri "hari peringatan ke-3, ke-7, tahun ke-47....."
kematian ibubapa

7. sedekah pisang kat masjid......

8.. buat upah umrah setiap tahun (walhal dulu semasa hayat mereka,
langsung "takde bajet nak hantar mak/abah gi umrah"; lagi pun keperluan
umrah itu hanya sekali sepanjang hayat sahaja!)


Selepas itu boleh lah si anak tidur lena dan sempat pula membidas adik
beradik lain dengan berkata, "aku dah tunaikan tanggungjawab aku pada
bapak/mak. Kau tak buat ke?"

Abah panggil semua ini sebagai "sindrom penebus rasa bersalah"- kerana "
dulu aku tak buat semua itu, maka sekarang aku dah buat semua ini, jadi
aku tak bersalah lagi!".....

Kalau inilah yang bakal terjadi kepada abah dan mak, maka abah berwasiat
di sini, TAK PAYAH LAH anak-anak abah bersusah payah membuat pelbagai
justifikasi dengan sindrom penebus rasa bersalah .... . memadai lah
diselitkan satu ayat yang tak sampai satu nafas nak menyebutnya - " Ya
Allah, ampunkan lah ibu bapa ku" . Takde belanja wang ringgit, tak payah
cari orang, tak payah susahkan diri.

Sempurnakan solat (wajib untuk penebus diri sendiri masing-masing) dan doa
lah meminta apa-apa dari Allah (untuk mendapat penebus diri sendiri
masing-masing) dan selitkan lah ayat di atas(sebagai penebus diri sendiri
dan untuk keselamatan ibubapa di alam barzah dan alam akhirat).

Abah doakan apa-apa amal jariah yang abah dan mak lakukan dan apa-apa ilmu
bermanfaat yang abah dan mak ajarkan kepada sesiapa pun dan diamalkannya -
agar semua ini diterima Allah sebagi pelaburan kami di akhirat. Semoga
semua anak-anak yang lahir dari sulbi kami menyempurnakan janji-janji
mereka kepada Allah untuk menjadi hamba-hambaNya yang beramal soleh. Itu
lah 3 harta yang akan mengiringi kami ke kubur dan tinggal kekal menemani
kami sehingga kiamat...... ..

Ambil iktibar dari lampiran di bawah.


Larangan dari Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam: Dari Jabir
radhiyallahu 'anhu, dia berkata, " Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa
sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk,
dan juga didirikan bangunan diatasnya.."


(Hadith Riwayat Imam Muslim)


Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama
jenazah adalah diharamkan yang telah menular di kalangan orang-orang Islam

kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kunoh dalam
upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh
mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan
berbangga.

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar
(marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah
shallallaahu 'alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata' ala.

Ali bin Abi Talib radhiyallahu 'anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi,

"Tidakkah kamu mahu aku utuskan kamu untuk melakukan perkara yang aku
diutuskan oleh Rasulullah untuk melakukan? Kamu hendaklah meruntuhkan
semua berhala dan meratakan semua kubur yang ditinggikan orang."

(Hadith Riwayat Imam Muslim)

P/s- So jangan la jadi anak yang tidak kenang budi. ..Selalu kata tak sempat lah...apa lah...tapi buat benda-benda pelik banyak masa...esok kita pun akan ada zuriat dan hidup ni mcm roda gak...lu buat orang so lu kena la plak ...moral of the story lu piker la sendiri bagi yg masih ada mak bapak tuh termasuk la gua gak masih belum terlambat untuk dimulakan...

Add comment


Thursday, 25-Mar-2010 07:00 Email | Share | | Bookmark
PETUA

Petua dari Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

("Abqaro" ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.


Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga .


Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara
(yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri semoga ada manafaatnya.

RENONG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL

Salam kak...
Nanti nk amalkan la petua ni...thanks yer kak sudi berkongsi petua yg baik dan bagus ni...
Mon 29-Mar-2010 03:50
Posted by:Liyana  - [Link]
Add comment


Monday, 22-Mar-2010 01:31 Email | Share | | Bookmark
RENONG2KAN

Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadiannya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu?
Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?
Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama. Berpesan- pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.
BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM AS (ABUL BASYAR / Bapa segala manusia)
Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapiapabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.
Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.
Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa. Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:
” Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawakerjamu atas perintah dan atas namaKu.”
Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.
Lalu Allah berfirman: “ Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabutroh manusia. ”
Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia. Lalu Allah berfirman lagi: “ Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.
JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah (Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha ’ if
Menurut Ibnu Abbas:
1 . Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4 . Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Tha ’ if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.
PROSESNYA KEJADIANNYA:
1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api . Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam “ sifat ” .
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “ Jabarut ” kemudian diletakkan didalam “ Alam Malakut ” .
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “ tubuh Adam ” adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah , dan dirasmikan dengan air hujan “ Barul Uluhiyah ” .
4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air “ Kudral-Izzah- Nya ” iaitu sifat “ Jalan dan Jammal ” .Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.
5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan , lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk. Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.
Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya . Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia . Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.
Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang . Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.
Tujuh buah letaknya adalah di:
1. Kepala : dua.liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah : Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.
Dijadikan pula lima buah pancaindera :
1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dansebagainya.
Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun . Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.
Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras.
Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.
Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin , serta mulutnya terbuka.
Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah . Itulah ucapan
Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata : ” Yarhamukallah ” yang membawa erti: “ Semoga engkau diberi rahmat Allah ” . Oleh kerana itu jika orang bersin, menjadi sunat mengucap “ Alhamdulillah ” dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan “ Yarhamukallah ” .
Kemudian ketika roh sampai pada dadanya , tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud: “ Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa ” .(Al-Israk: II)
Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya , maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.
Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.
(Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT disusun oleh Muhammad Isa Selamat)
8- )

SubhanaALLAH...Maha Suci ALLAH...seronok dan suka baca kisah2 Nabi... Mon 29-Mar-2010 04:08
Posted by:Liyana  - [Link]
Add comment


Thursday, 18-Mar-2010 23:44 Email | Share | | Bookmark
WAKTU MUSTAJAB BERDOA

Pada malam qadar (sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadhan)

• Pada hari Arafah ( 9 Zulhijjah di kala jemaah haji wukuf di Arafah)\
• Pada bulan Ramadhan
• Pada malam Jumaat
• Pada hari Jumaat
• Waktu berjumaat, lebih-lebih lagi ketika imam duduk di mimbar sampai imam mengucapkan salam
• Pada tengah malam
• Seperdua malam yang kedua (sesudah jam 12 malam)
• Sepertiga malam yang pertama (jam 6 sampai 10 malam)
• Sepertiga malam yang terakhir (sesudah jam 2 malam)
• Pada waktu sahur (sebelum fajar)
• Sesudah berwuduk
• Ketika orang azan untuk sembahyang
• Antara azan dan iqamat
• Ketika orang mengucapkan iqamat
• Ketika berbaris (jalan bersama) menuju medan perang sabil
• Di dalam pertempuran di medan perang
• Di akhir tiap-tiap sembahyang fardu
• Pada waktu sedang sujud (dalam solat atau di luar solat)
• Ketika sedang membaca Al-Quran
• Setelah tamat membaca Al-Quran
• Ketika minum air zamzam
• Pada waktu ayam jantan berkokok (pda waktu pagi)
• Pada saat berkumpulnya kaum muslimin kerana agama
• Pada waktu berkumpul untuk berzikir (iaitu berkumpul untuk menyebut kebesaran Allah, bertakbir, bertahmid dan bertasbih, atau berkumpul membaca dan mempelajari Al-Quran, atau berkumpul menerima pelajaran agama Islam)
• Ketika menutupkan mata orang yang telah mati
• Pada waktu turun hujan
• Pada waktu tergelincir matahari pada hari Rabu

Salam kak...
Bagus utk pengetahuan kita semua....
Sat 20-Mar-2010 16:02
Posted by:Liyana  - [Link]
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web02.fp.pidgintech.com